KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 menyebabkan ribuan pekerja hilang punca pendapatan, malah kesannya turut melibatkan lepasan graduan.
Dengan adanya karnival kerjaya MYFutureJobs Keluarga Malaysia yang disertai 21 majikan dari pelbagai industri, dilihat mampu membuka lembaran baharu kepada pencari kerjaya.
Rata-rata, pemohon di karnival itu menarik nafas lega kerana diberi peluang pekerjaan sekali gus dapat menjana kembali pendapatan mereka.
Bagi Amirah Afiqah Irdina Idris, 25, dia sangat bersyukur kerana penganjuran karnival ini sedikit sebanyak memberi sinar harapan kepada golongan sepertinya yang memerlukan pekerjaan.
Ini kerana, karnival ini dilaksanakan secara percuma dan terbuka kepada semua golongan pencari kerja tidak mengira had umur.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kerjaya menerusi MYFutureJob. Pada masa sama, saya juga lihat ada mereka yang telah berusia datang menemu duga meminta kerja.
"Ini menunjukkan karnival ini tiada had umur dan tempat ini sesuai untuk menjadi kawasan menemuduga pekerjaan yang strategik," katanya kepada Astro Awani.
Bagi Intan Shuhana Norrihan, 24, pula, peluang yang ditawarkan ini juga sangat penting khususnya buat graduan sepertinya yang sedang berusaha mencari pekerjaan setelah tamat latihan amali.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana membuka peluang seperti ini khususnya kepada lepasan graduan seperti saya. Ini kerana, sebagai lepasan graduan, saya ingin mencari mencari pekerjaan selaras dengan kelayakan yang saya miliki.
"Pada masa sama, mungkin hari ini memang rezeki saya kerana berjaya melepasi temu duga dan dapat menjawat pekerjaan yang saya idam-idamkan," katanya.
Sementara itu, selain kembali giat dalam memajukan perniaagan mereka, rata-rata para majikan juga dilihat teruja mengambil bahagian dalam karnival tersebut kerana lebih mudah melaksanakan temu duga secara bersemuka.
Perantis Projek Belia Mahir, Zain Hamizan Abdul Razak, 22, berkata pihaknya berkolaborasi dengan Kementerian Belia Sukan dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memfokuskan kepada pemohon belia yang mensasarkan kepada golongan belia NEET (Not in Employment, Education and Training).
"Jadi dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kini adalah amat penting buat pemohon-pemohon yang memerlukan pekerjaan. Lebih lagi kini, dengan ramainya yang telah dibuang kerja susulan pandemik COVID-19.
"Makanya, kami di sini untuk membantu mereka mendapat peluang pekerjaan yang banyak. Contohnya, industri perkilangan turut menyediakan pelbagai insentif bagi mereka di luar sana," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Pengambilan Pekerja AEON, Soo Hoy Chee, 43, berterima kasih kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan kerajaan kerana melaksanakan karnival kerjaya ini yang sememangnya memudahkan sesi temuduga antara majikan dan pemohon.
"Kita sangat-sangat berterima kasih kepada Perkeso dan kerajaan yang mengambil langkah mengadakan karnival kerjaya pada hari ini. Sebelum ini, pihak kami pernah melaksanakan temuduga secara maya namun majoriti pemohon lebih selesa dengan pelaksanaan temuduga secara fizikal.
"(Sebetulnya) pelaksanaan temu duga secara bersemuka ini lebih efektif berbanding secara maya kerana memudahkan pemohon untuk bertanyakan soalan. Di samping itu pihak kami juga boleh memberikan informasi dan gambaran yang jelas mengenai syarikat kami.
"Ditambah dengan situasa pandemik ketika ini, sememangnya tindakan kerajaan melaksanakan karnival kerjaya ini adalah sesuatu yang tepat dan sangat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, karnival ini juga sangat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Antara majikan menyertai karnival pekerjaan ini termasuklah Dhir dan Partners Sdn Bhd, Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd, CFM Engineering Hardware (M) Sdn Bhd, Malaysia Automative Robotics And IOT Institute (MARii) dan Projek Belia Mahir.
Selain daripada temu duga oleh majikan, karnival ini juga menyediakan kaunter perkhidmatan kaunseling kerjaya, kaunter penghasilan resume dan selain pelbagai insentif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada pemohon.
Antaranya ialah Insentif SIP Prihatin 2.0 yang menawarkan insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua bulan kepada pencari kerja yang menghadiri minimum tiga sesi temu duga.
Malahan, pencari kerja bukan pencarum Perkeso seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal boleh membuat permohonan insentif SIP Prihatin 2.0 dengan mengemukakan bukti penyertaan mereka dalam mana-mana sesi temu duga dijalankan di karnival itu.
Selain itu, sekiranya, individu yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh masa terbabit layak menerima insentif tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sebanyak RM400 dan RM1,000 menerusi bantuan mobiliti jika memenuhi kelayakan di bawah program Penjana Kerjaya 3.0.
Karnival ini juga turut dihadiri Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Datuk Mohd Sahar Darusman.
Sebanyak 7,329 peluang pekerjaan baharu kepada mereka yang memerlukan.
Eton Khir
Sun Dec 05 2021
Karnival kerjaya MYFutureJobs Keluarga Malaysia yang disertai 21 majikan dari pelbagai industri menawarkan 7,329 peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan sekali gus menangani masalah pengangguran di Malaysia.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
KWSP disenarai majikan agensi kerajaan terbaik
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenarai antara 50 Majikan Pilihan Utama di Malaysia dalam satu kajian di Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012.